3.0 PENGHIJAUAN
3.1 STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN
PENGHIJAUAN
·
Melibatkan semua warga sekolah dalam
projek / program.
·
Mengoptimumkan penggunaan air dan
elektrik untuk mengelakkan pembaziran.
·
Penggunaan produk dan teknologi hijau
seperti baja organik (baja kompos) dan sistem pengumpulan air hujan.
·
Menganjurkan program-program penghijauan
seperti projek satu pasu satu pokok, Projek taman sayur, Projek
Taman bunga, Projek Penanaman 10 Pokok, Projek mencari sepsis pokok yang sesuai untuk ditanam dan lain-lain.
·
Mendapatkan khidmat nasihat dari agensi luar seperti Jabatan
Pertanian, Jabatan Perhutanan dan NGO.
·
Mendapatkan sumbangan tenaga, kewangan
dan bibit dari agensi swasta & kerajaan.
·
Penyelenggaran dan pemantauan yang
sistematik oleh warga sekolah.
i)
Pelan
Tindakan
·
Setiap projek / program akan diurus oleh
satu Jawatankuasa / kelab yang diketuai oleh guru penasihat.
·
Kertas cadangan projek / program ( pelan tindakan
dan konsep program ) akan
dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa SERASI yang dipengerusikan oleh
Pengetua untuk diluluskan.
·
Pemantauan projek akan dikendalikan oleh
setiap kelab / badan bertindak melalui mesyuarat atau perjumpaan rasmi / tidak
rasmi.
ii) Pelaksanaan
·
Pelaksanaan projek / program adalah
berdasarkan Pelan Tindakan yang diluluskan.
·
Pelaksanaan setiap program Mengikut Jadual
Perancangan Kelab / Persatuan
( Waktu kokurikulum ).
·
Sebarang pelaksanaan program akan
dipromosi melalui papan kenyataan dan website.
·
Semua pelaksanaan program akan
direkodkan dan didokumentasikan di dalam fail dan juga menerusi gambar untuk dipaparkan.
·
Postmortem program untuk penambahbaikan.
·
Penglibatan Agensi kerajaan / swasta, NGO & komuniti setempat untuk Khidmat Nasihat
& sumbangan tenaga.
iii) Hasil Dijangka daripada Projek / Program
|
PROGRAM / AKTIVITI
|
TEMPOH PELAKSANAAN
|
SASARAN
|
HASIL / PENCAPAIAN
|
|
Projek Penanaman 10
Pokok di kawasan sekolah
|
Jangka pendek
( 2 bulan )
|
Selesai sebelum November 2015
|
10 pokok telah ditanam pada 11
November 2015
|
|
Projek mencari sepsis
pokok yang sesuai untuk ditanam
|
Sepanjang tahun
|
10 spesis tumbuhan tempatan ditanam
|
Setakat Nov 2015, hanya 5 spesis
ditanam
|
|
Projek membina Taman Mini
|
Jangka panjang
( 2 Tahun )
|
Selesai Ogos 2016
|
Tapak telah dikenalpasti
|
3.2
SISTEM PENGURUSAN TAMAN
i) Sumber
Manusia
Pihak sekolah telah menggalakkan
pengujudan taman bagi tujuan untuk menghijau dan menceriakankan kawasan
sekolah. Untuk mencapai tujuan ini, pihak pengurusan telah melaksanakan sistem
pengurusan taman sejak tahun dan sentiasa diubahsuai mengikut pekembangan serta
kesesuaian semasa. Sistem pengurusan ini melibatkan semua warga sekolah (sumber
manusia dalaman) iaitu guru-guru sekolah, KTBM sekolah, murid-murid, dan
masyarakat luar sekolah seperti PIBG, pekerja kontrak dan tenaga sukarela
(bekas pelajar / Alumni).
ii)
Pelan & Tatacara Pengurusan Taman
Berikut adalah pelan dan tatacara
pengurusan taman yang diamalkan di sekolah
ini.
·
Pendedahan
konsep, matlamat, objektif penghijauan kepada warga sekolah
·
Penubuhan
AJK unit penghijauan
·
Penubuhan
AJK Taman-taman
·
Mencari
bantuan khidmat nasihat pakar/ bimbingan / kewangan (Jabatan Pertanian)
·
Mesyuarat
& perbincangan untuk mencari dana bagi memantapkan taman
·
Mencari
maklumat yang berkaitan
·
Merancang
aktiviti / program
·
Melaksanakan
aktiviti yang dirancang
·
Perbincangan
dari masa ke semasa
·
Aktiviti
susulan
·
Pemantauan
& penyelenggaran taman
·
laporan
iii)
Jadual Bertugas
Jadual
bertugas bagi semua yang terlibat dipaparkan di tempat yang mudah dilihat
seperti papan kenyataan dan kelas berkaitan untuk memudahkan petugas merujuk
supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan.
iv)
Pemantauan Kesihatan Habitat Taman
Cara
pemantauan untuk mengetahui kesihatan habitat taman adalah diperolehi dari
nasihat pemilik tapak semaian menjual bunga. Dua cara pemantauan boleh
dilakukan iaitu melalui pemerhatian fauna yang datang dan dengan memerhati
keadaan tumbuhan itu sendiri iaitu memerhati daun tumbuhan. Untuk memastian
kesihatan habitat taman di sekolah ini maka telah dibahagikan tugas seperti
berikut:
|
BIL
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
|
1
|
Kesihatan tumbuhan
|
|
|
2
|
Kebersihan taman
|
|
|
3
|
Kesesuaian spesisi tumbuhan /
herba
|
|
|
4
|
Keceriaan kawasan taman
|
|
|
5
|
Sistem penyiraman tumbuhan
|
|
|
6
|
Penggunaan baja organik
|
|
|
7
|
Penggunaan air hujan
|
|
3.3 REKA BENTUK TAMAN
i ) Keadaan Lanskap Taman
Keadaan Lanskap
Taman adalah terancang dan menarik
dimana nama taman adalah disesuaikan dengan tema, kedudukan, jenis tanaman,
kegunaan atau sejarah pembentukan taman tersebut. Contohnya “Green Circle”
ialah salah satu daripada taman yang dibentuk atas kerjasama guru dan pelajar
korea selatan sempena perkemahan kebudayaan dan alam sekitar peringkat
antarabangsa yang bertempat di sekolah ini
-
Penggunaan
bahan kitar semula / mesra
alam ( pasu tayar dll )
-
Bilangan
dan tema taman ( Taman Herba,
Taman Sayur, Taman Orkid, Taman Bunga / Bahagia dan Taman Mini )
-
Kegunaan
taman ( P & P,
Keceriaan,Penjanaan kewangan dll )
a ) Lanskap
Taman Sayur
b) Lanskap Taman Mini
c) Lanskap Taman Herba
d) Lanskap Taman Orkid
e) Lanskap Taman Bunga / Bahagia
ii) Kebersihan Taman
Kebersihan
setiap taman adalah dibawah pengendalian pelbagai persatuan dan kelab sekolah.
Semasa penjumpaan persatuan, pihak pengurusan sekolah telah mewajibkan setiap
persatuan memperuntukan masa selama 20 minit yang pertama untuk membersihkan
kawasan taman masing-masing.
iii) Susun Atur Taman
Susun atur taman
di persekitaran sekolah adalah direka oleh Unit Penghijauan dan Keceriaan
dibawah pengawasan pengetua. Susun atur adalah bergantung kepada tema dan
kesesuaian kawasan taman tersebut.
3.4
PROSES
IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN
i)
Program
penanaman menggunakan baja organik
Program ini bermula sejak dahulu lagi.
Baja seperti tahi ayam digunakan secara meluas. Penggunaan ini berkurangan
sejak ceramah dan demonstrasi baja kompos. Sekarang ini pihak sekolah hanya
menggunakan baja kompos daun / rumput kering dan baja kompos sisa makanan yang
dihasilkan dari sekolah ini. Pembajaan kompos kepada tanaman biasanya
dijalankan sekali dalam masa empat hingga enam bulan mengikut kesesuaian spesis
pokok.
Setiap minggu persatuan atau kelab
diberi giliran untuk membuat baja kompos. Pelajar-pelajar akan memungut
daun-daun kering dan sisa makanan dari kantin / dapur untuk dibuat baja kompos.
Baja kompos yang telah matang akan digunakan untuk tujuan pembajaan
tumbuh-tumbuhan yang ada di taman sekolah.
ii)
Program
satu pelajar satu pokok
Program satu
pelajar satu pokok telah dilancarkan pada awal tahun 2014 untuk mendedahkan
pelajar cara menghargai alam sekitar dan menjaga tanaman mereka sendiri. Unit
penghijaun menyarankan supaya menanam spesis tumbuhan yang tidak mengambil masa
panjang supaya murid dapat merasai proses menanam dan memerhati pertumbuhan
bunga tersebut. Pokok atau bunga telah menjadi pilihan unit penghijauan untuk
program satu pelajar satu pokok. Setiap pelajar diberi tanggungjawab untuk
membersihan rumput, membaja dan menyiram pokok tersebut.
iii)
Program
penanaman, pemeliharaan dan pemuliharaan pokok-pokok dari spesies yang sesuai
Pokok yang
ditanam adalah dari pelbagai spesis, ada spesis pokok yang memerlukan matahari
dan ada spesis yang tahan dengan kesan matahari seperti kaktus. Pemeliharaan
pokok adalah dibawah tanggungjawab setiap kelab dimana setiap kelab telah
mengatur jadual untuk membersih rumput dan memantau kehadiran haiwan perosak
seperti siput babi. Racun makhluk perosak tidak digunakan dalam penjagaan
pokok-pokok.
-
Keutamaan guna spesies tempatan
-
Kepelbagaian sumber biologi &
Inventori sumber biologi
-
Kesesuaian sumber
-
Kepenggunaan sumber dalaman
iv)
Projek
membuat baja kompos
Setiap minggu
persatuan atau kelab diberi giliran untuk membuat baja kompos. Pelajar-pelajar
akan memungut daun-daun kering dan sisa makanan dari kantin / dapur untuk
dibuat baja kompos. Baja kompos yang telah matang akan digunakan untuk tujuan
pembajaan tumbuh-tumbuhan yang ada di taman sekolah.
v)
Penubuhan
Stesen Pembelajaran
Guru-guru di
sekolah ini telah menjadikan tapak membuat baja kompos sebagai stesen
pembelajaran bagi pendidikan moral dan sains. Buku log bagi merekod penggunaan
stesen pembelajaran tersebut akan dilengkapkan oleh guru berkaitan.
vi)
Penyelenggaraan
Kawasan
Kawasan
sekeliling sekolah sentiasa diselenggera oleh tukang kebun. Rumput akan
dipotong sekali dalam dua minggu supaya rumput sentiasa kemas dan terurus.
vii)
Label
nama saitifik dan nama tempatan
Pokok
dan tumbuh-tumbuhan dilabel bagi membantu pelajar mengenali nama tumbuhan.
3.5 PENGURUSAN
SUMBER KE ARAH MENINGKATKAN KECEKAPAN DAN PENJIMATAN PENGGUNAAN
i)
Penjimatan Air
Tangki
air hujan disediakan untuk
menadah air hujan untuk kegunaan menyiram pokok-pokok tumbuhan di persekitaran
sekolah. Terdapat sekurang-kurangnya sebuah tangki dalam setiap zon.
-
Guna
air graviti feed system
ii)
Penjimatan Tenaga elektrik
·
Tidak
menggunakan penghawa dingin sebelum pukul 9.00 pagi
·
Notis
penjimatan elektrik di setiap pemetik suis elektrik
·
Mengoptimumkan
penggunaan elektrik di mana setiap ketua kelas dikehendaki memastikan suis
elektrik sentiasa ditutup apabila tiada pelajar di kelas ataupun tamat waktu
belajar
·
Khidmat
nasihat pakar
iii)
Saranan Penjimatan
Saranan untuk menjimat air dan tenaga juga dipamerkan
ditempat-tempat strategik seperti tandas dan kantin.
Contohnya;
-
Papan
kenyataan : Notis dan poster
-
Proses
P & P: Guru-guru mata pelajaran sewaktu proses pembelajaran
iv)
Bahan pakai habis seperti kertas dan katrij pencetak
Semua
bahan-bahan kegunaan pejabat seperti kertas, katrij pencetak dan sebagainya
dibawah pengawasan seorang kakitangan bukan mengajar. Bahan-bahan ini diletak
didalam stor yang mana hanya kakitangan yang bertugas sahaja dibenarkan untuk
membuat pengeluaran bahan-bahan pejabat untuk kegunaan semua kakitangan lain.
Contohnya buku kawalan kertas digunakan untuk mencatat jumlah pengeluaran kertas
oleh guru-guru dan staf.
Bahan-bahan
yang telah dipakai akan dikumpul untuk dijual kepada pembeli kertas terpakai.
Disamping itu, pihak pengurusan juga mewajibkan supaya mengguna kertas depan
dan belakang dan menggalakkan penggunaan whiteboard di ruangan komunikasi untuk
mengurangkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak
v)
Sisa pepejal dari pejabat, bilik darjah, kantin dan
makmal
-
Pengurangan
penghasilan sisa pepejal
-
Jadual
pelaksanaan / pelan perancangan
-
Kreativiti
pelaksanaan / kaedah pelaksanaan
-
Khidmat
nasihat pakar
-
Pemantauan
dan penilaian kendiri
-
Sasaran
untuk capai tanda aras kecekapan / penjimatan
3.6 PEMANTAPAN
SIKAP GURU, PELAJAR DAN KAKITANGAN SEKOLAH
TERHADAP PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR
Pelbagai
program, latihan dalaman dan latihan luaran telah dirancang dan dilaksana untuk
memantapkan sikap warga sekolah terhadap alam sekitar seperti berikut:
|
BIL
|
PROGRAM / STRATEGI / AKTIVITI
|
PENGLIBATAN
|
BUTIRAN PELAKSANAAN
|
|
1.
|
Ceramah oleh Agensi berkaitan
|
Pelajar & guru
|
|
|
2.
|
Sebaran maklumat semasa
perhimpunan
|
pelajar
|
|
|
3.
|
Sebaran maklumat melalui papan
kenyataan & poster & sudut ilmu
|
Pelajar & guru
|
|
|
4.
|
Sebaran maklumat melalui
multimedia & website sekolah
|
Guru
|
|
|
5.
|
Latihan dalaman – Menghasilkan
enzim daripada sisa buangan dapur
|
Guru wanita dan pelajar
|
|
|
6.
|
Bengkel kraftangan menggunakan
bahan kitar semula
|
Guru lelaki dan pelajar
|
|
|
7.
|
Program Gotong-royong bersama
masyarakat setempat
|
Pelajar, guru & masyarakat
|
|
|
8.
|
Tunjukajar sekolah lain dalam
kompos daun dan rumput kering
|
Guru, KTBM dan pelajar
|
|
|
9.
|
Pertandingan membuat kraftangan dengan menggunakan bahan kitar semula
|
Pelajar & guru
|
|
|
10.
|
Pertandingan
melukis poster
|
Pelajar & guru
|
|
3.7
PENGGUNAAN
PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU
i)
Sistem
pengumpulan air hujan
Terdapat 6 buah tangki pengumpulan air hujan di sekitar
kawasan sekolah. Air hujan yang dikumpul disalurkan ke taman-taman untuk
menyiram pokok bunga dan membersihkan parit.
ii)
Baja organik
Baja kompos yang dibuat oleh guru dan pelajar selepas 3 –
5 bulan boleh digunakan untuk membaja. Kumpulan pelajar yang membuat baja
kompos akan melakukan aktiviti menggaul tanah atau membaja semasa waktu KOKUM.
Semua pelajar berpeluang membuat baja kompos melalui kelas sains.
-
Penggunaan
sisa organic / biomass untuk kegunaan taman
iii)
Menggalakkan pengunaan bahan guna
semula dan kitar semula
-
P
& P
-
Alam
sekitar
-
Keceriaan
sekolah
-
Penjanaan
kewangan
No comments:
Post a Comment