Tuesday, 21 June 2016

2.0 PERANCARAN DAN PENGURUSAN

2.0       PERANCANGAN DAN PENGURUSAN

2.1       KENYATAAN ITIZAM PROGRAM BERKAITAN ALAM SEKITAR

2.1.1    Visi
Menjadikan Sekolah SJK (C) Yuk Kong sebagai sekolah lestari di Daerah Keningau menjelang tahun 2016 supaya dapat melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar.

2.1.2    Misi
Untuk mencapai visi tersebut maka warga sekolah akan:
i)        Menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah mengenai penjagaan alam sekitar melalui pendidikan merentasi kurikulum
ii)      Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
iii)    Melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum
iv)    Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang hijau, selamat dan kondusif.
v)      Memupuk kesedaran warga sekolah supaya mengamalkan budaya hidup mesra alam
vi)     Mengintergasi semua aktiviti supaya dapat melibatkan keseluruhan warga sekolah dalam program sekolah lestari.


2.2       ORGANISASI PELAKSANAAN PROGRAM BERKAITAN ALAM SEKITAR

2.2.1    CARTA ORGANISASI

o  Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Peringkat Sekolah yang ahlinya terdiri daripada pentadbir, ahli PIBG, guru penyelaras/guru penasihat, staf sokongan
o  Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun
o  Mempunyai minit mesyuarat – kekerapan mesyuarat
o  Penamaan pengerusi/ penyelaras/ koordinator/ guru penasihat
o  Penyenaraian tugas setiap ahli di dalam organisasi
o  Maklumat untuk komunikasi seperti nama pengerusi/ penyelaras/ koordinator/ guru penasihat, alamat, nombor telefon, faks, e-mail, laman web
o  Dokumentasi organisasi pelaksanaan (fail, buletin, laporan, minit mesyuarat / tindakan susulan dll)


2.3       OBJEKTIF  PROGRAM BERKAITAN ALAM SEKITAR  

i)          Memupuk nilai mesra alam sekitar semua warga sekolah dengan menggunakan pendekatan empat komponen utama iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.
ii)        Meningkatkan tahap kesedaran dan perubahan sikap  warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
iii)      Menggalakkan integrasi warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam sekitar dengan berkesan.
iv)      Menggalakkan penjimatan guna sumber dan penggunaan 3R
v)        Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan ceria bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
vi)      Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
vii)    Mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh menarik penglibatan setiap warga sekolah dalam program sekolah lestari.
viii)  Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah yang lebih selamat, bersih dan selesa bagi merangsang proses pembelajaran agar dapat melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
ix)      Menggalakkan kerjasama diantara warga sekolah dengan masyarakat setempat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar


2.4       STRATEGI DAN PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN

Strategi dan pelan tindakan pelaksanaan pengurusan dalam menjayakan program SERASI adalah seperti berikut:-

Strategi dan Pelan Tindakan Pelaksanaan
1
Perancangan Program dan Aktiviti

i)        Penganjuran program kefahaman dan kesedaran
Penganjuran program kefahaman dan kesedaran seperti program gotong royong perdana peringkat sekolah yang melibatkan pelajar, ibubapa, guru, KTBM dan PIBG.

ii)      Penyebaran Mesej alam Sekitar
Penyebaran mesej alam sekitar menerusi program Hari Alam Sekitar, slot info alam sekitar semasa perhimpunan dan papan kenyataan sekolah.

iii)    Kempen bertemakan alam sekitar
Melaksanakan kempen-kempen berkaitan alam sekitar seperti kempen pengurangan bag plastik, kempen menggunakan sapu tangan, kempen menanam pokok, kempen kebersihan tandas dan lain-lain.

iv)    Pengiktirafan Kepada Individu dan kumpulan
Penganugerahan sijil dan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan alam sekitar atau yang menyumbang dan terlibat secara aktif dalam melaksana program pendidikan alam Sekitar.

v)      Penguatkuasaan peraturan sekolah berkaitan alam sekitar
Beberapa peraturan berkaitan alam sekitar telah dilaksanakan seperti denda ke atas murid yang membuang sampah, jadual bertugas diwajibkan ada pada setiap kelas dan pertandingan kelas terceria antara kelas.

2
Penyediaan Prasarana Pengajaran dan Pembelajaran
a.       Dalam Bilik Darjah - Setiap bilik darjah mempunyai tempat khas untuk membahagikan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, tempat ini dikenali sebagai sudut SERASI. Ruang ini telah disediakan oleh kelas masing-masing untuk pelajar meletakkan kertas, plastik dan tin aluminium. Selain itu, maklumat tentang menjagaalam sekitar juga perlu dipaparkan di dalam bilik darjah.

b.      Luar Bilik Darjah - Di luar bilik darjah pula, prasarana pembelajaran di taman-taman sekolah seperti papan kenyataan, taman bunga, taman herba, taman mini, tanaman sayuran, taman orkid, stesen baja kompos, kantin, tandas, tempat pengumpulan bahan kitar semula, sudut ilmu dan hasil karya murid dan pondok Ilmu.

3
Bajet Program Sekolah Lestari / SERASI

Sumber dan penjanaan kewangan
  1. Sumber Bukan Bentuk Wang Tunai
a.       100 pokok dan bunga pelbagai jenis

b.      60 pasu bunga botol mineral

c.       20 tayar terpakai

d.      100 batu sungai

  1. Sumber Kewangan
a.       Sumbangan individu, PIBG, NGO
b.      Hadiah kemenangan
c.       Penjanaan sendiri melalui projek sekolah
d.      Peruntukan tahunan

Penyediaan Perancangan Belanjawan
Berdasarkan projek dan program yang dijalankan oleh setiap unit masing-masing.

Laporan Kewangan
Rekod pembelian dan sebagainya direkod dan disimpan di dalam fail SERASI.

4
Pembentukan Jaringan Bersama Pihak Berkepentingan
i)        Merancang Hubungan dua hala dan kerjasama dengan pihak luar
Untuk menjayakan program SERASI, pihak sekolah akan menjalin hubungan dengan pihak luar seperti
a.       Persatuan Tzu-chi - Ceramah &  kem kesedaran alam sekitar

b.      RELA - Gotong royong

ii)      Merancang Aktiviti Bersama Masyarakat Setempat
Pihak sekolah merancang aktiviti bersama masyarakat setempat untuk meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar dan mengeratkan hubungan.  Aktiviti yang dicadang adalah seperti larian hijau sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia. Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat PIBG supaya mendapat penyertaan yang menyeluruh.

iii)    Pelaksanaan aktiviti jaringan
-      aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekolah bersama ibubapa.
-      aktiviti menanam pokok sempena Hari alam Sekitar Sedunia
-      penglibatan PIBG, pelajar, & guru-guru.

iv)    Pelaporan aktiviti Jaringan – website sekolah, mesyuarat, papan kenyataan sudut serasi



2.5       SISTEM PEMANTAUAN

a.             Pemantauan Kebersihan Kelas
i)        Kebersihan adalah dibawah jagaan guru dimana semasa guru memasuki kelas, guru akan menilai kebersihan lantai, tingkap, 3 tong sampah kitar semula, papan tulis dan papan kenyataan dengan menggunakan borang pemantauan dalam fail pemantauan.
ii)      Penilaian oleh guru tersebut adalah berdasarkan markah yang telah ditetapkan. Guru kelas juga turut memberi bantuan dalam mengawal kebersihan kelas.

b.   Pemantauan Kebersihan Kawasan Sekolah
i)        Kebersihan kawasan sekolah termasuk tandas adalah diurus oleh pekerja kontrak. Mereka dibawah pemantauan PK HEM.
ii)      Setiap kelas juga ditugaskan untuk menjalankan pembersihan selama 10 minit dalam sehari. Tugas ini diurus oleh guru darjah masing-masing.
iii)    PK HEM akan membuat pemeriksaan semula sekiranya dalam laporan terdapat keadaan yang kurang memuaskan dan seterusnya melaporkan perkara tersebut kepada Guru Besar.

c.    Pemantauan Taman & Kesihatan Tanaman
Pemanatuan kesihatan tumbuhan dilakukan 2 kali seminggu oleh pekerja kontrak untuk pemantauan kesihatan tumbuhan

d.   Pemantauan Penjimatan Lektrik, Air & Kertas


2.6       SISTEM PELAPORAN

i)        Fail
Setiap perjumpaan, mesyuarat, aktiviti dan program-program direkod di dalam fail. Sebuah fail disediakan untuk program SERASI. Fail tersebut mengandungi surat-menyurat dan minit mesyuarat, kertas kerja, rekod-rekod bagi aktiviti yang telah dijalankan dan laporan Perbelanjaan.

ii)      Papan kenyataan
Makluman berkenaan aktiviti sekolah dan maklumat lain dipaparkan dalam papan kenyataan.

iii)    Laman Web
-      Laman Web / Facebook


2.7       ELEMEN KHAS PENGURUSAN

o   Panel penasihat luar
-      Badan bukan kerajaan (NGO)
o   Mempromosikan dan membudayakan kehidupan lestari Alumni sekolah
o   Membudayakan membahagikan bahan kitar semula kepada 3 kategori
o   Lagu alam sekitar khusus untuk sekolah

o   Minggu Khas bertemakan alam sekitar

No comments:

Post a Comment